BAHAN
1 cawan tepung gandum – ayak
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan serbuk nestum
3/4 cawan gula halus
250 gm mentega
4 biji telur gred A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
CARA :
- Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
- Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
- Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
- Masukkan susu dan kaya. Ratakan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan serbuk horlicks dan serbuk nestum dan gaulkan sebati.
- Masukkan pewarna hijau dan esen vanila. Sebatikan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil.
- Kukus selama 2 setengah jam.