BAHAN A
450 gram mentega tulen
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen cempedak
BAHAN B
120 gram tepung hong kong
20 kuning telur
5 putih telur
250 gram gula kastor
20 gram ovallete
Setitis pewarna hijau epal
2 sudu besar madu
150 gram puri cempedak
(Bahan untuk puri cempedak :
600 gram isi cempedak
220 gram gula kastor
220ml air
Secubit garam
Campurkan kesemua bahan dan kisar halus. Masak di atas api hingga pekat dan kacau selalu supaya tidak hangit.)
Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya
CARA
- Pukul bahan A dengan kelajuan tinggi. Ketepikan.
- Pukul telur, gula kastor dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat.
- Masukkan bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.
- Masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan puri cempedak dan madu. Kacau hingga sebati.
- Ambil 1/3 bahagian dan tambah pewarna hijau epal. 2/3 lagi biarkan seperti asal.
- Ambil satu senduk adunan hijau epal dan ratakan dalam loyang kek. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170-180c.
- Gunakan api bawah selama 5 minit dan kemudian tukar kepada api atas sahaja. Bakar sehingga kekuningan.
- Keluarkan Loyang dari ketuhar dan sapu permukaan kek dengan 2-3 sudu puri cempedak. Bakar lagi sehingga cempedak betul-betul kering.
- Ulangi proses 7 dan 8, dan untuk lapisan ketiga sendukkan adunan tanpa warna. Ulangi lagi proses 7 dan 8 hingga selesai.
- Akhiri dua lapisan terakhir dengan adunan berwarna hijau epal.
- Setelah lapisan terakhir masak, kecilkan suhu oven kepada 130c-140c dan buka api bawah selama 10-15 minit supaya kek masak sekata.