HIDANGAN: 3 ORANG
MASA : 10 MINIT
BAHAN:
1 cawan pasta spiral @ fusili – direbus terlebih dahulu
2 keping ayamsandwich dipotong kecil – boleh ganti dengan isi ayam
2 ulas bawang putih – cincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit cendawan enoki ( boleh guna cendawan lain )
1 sudu besar pasli cincang
1 sudu perasa ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit keju parmesan
Minyak zaitun
CARA:
- Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, ayam dan lada hitam sehingga garing.
- Kemudian masukkan pasta, gaul mesra, masukkan cendawan, pasli, perasa dan garam.
- Siap untuk dihidangkan dan taburkan keju parmesan.