BAHAN
5 biji putih telur
15 biji kuning telur
100 gram gula kastor
400 gram mentega
200 gram tepung hong kong
20 gram ovallete
300 gram susu pekat manis
200 gram raspberry fruit filling
200 gram kiwi fruit filling
Setitik pewarna biru
Loyang berukuran 8 x 8 x 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.
CARA
- Pukul mentega bersama gula kastor dan ovallete sehingga sebati. Ketepikan.
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul sehingga menjadi pekat dan berkrim.
- Masukkan mentega yang telah dipukul bersama gula kastor dan ovallete tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada empay bahagian iaiti A, B, C dan D.
- Untuk bahagian A, tambahkan raspberry fruit filling, bahagian B tambahkan kiwi fruit filling. Tambahkan titisan pewarna biru untuk bahagian C, manakala bahagian D biarkan begitu sahaja tanpa sebarang warna.
- Ambil dua senduk adunan raspberry fruit filling dan ratakan di atas Loyang kek. Bakar menggunakan api atas dengan suhu 200c selama 10 minit.
- Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek. Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
- Tambahkan satu lagi lapisan untuk raspberry fruit filling, teruskan dengan dua lapisan adunan kiwi fruit filling diikuti dengan adunan berwana biru dan akhir sekali dua lapisan adunan tanpa.
- Setelah selesai membakar lapisan adunan tanpa warna, ulangi lagi dengan lapisan raspberry, kiwi dan seterusnya.
- Setelah membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 140c dan bakar lagi di antara 12 hingga 15 minit supaya masak keseluruhan kek.