HIDANGAN:2 ORANG
MASA: 5 MINIT
BAHAN:
1 keping tahu lembut
1 batang sosej keju (dipotong)
½ cawan air rebusan ayam atau daging
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil tepung jagung
Garam sebagai perasa
CARA:
- Tauhu boleh dikukus ataupun tanpa dikukus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan sosej, air rebusan dan semua bahan kecuali tepung jagung.
- Apabila telah mereneh, masukkan bancuhan tepung jagung kacau sehingga pekat.
- Kemudian, tuangkan ke atas tahu lembut. Siap untuk dihidangkan.