KEK KURMA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

5 biji kuning telur

3 biji putih telur – putar sampai gebu

50 gm tepung gandum

30 gm tepung jagung

80 gm gula halus

½ sudu kecil serbuk penaik

½ sudu besar ovellet

1 sudu besar coklat emulco

Esen vanila

40 ml minyak jagung

 

BAHAN KASTAD

Kurma  – racik halus

200 gm kastad segera

100 gm air sejuk

200 gm krim putar

 

BAHAN HIASAN

Krim putar – pukul

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Campurkan air sejuk dengan kastad segera, putar sebati. Tuangkan krim putar, putar lagi sebati, masukkan dalam beg paip.
  2. Putar kuning telur, gula halus dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula halus, serbuk penaik, coklat emulco  dan ovellet  dan putar sampai gebu kecuali minyak jagung dengan kuning telur.
  3. Kemudian tuangkan minyak jagung perlahan-lahan sambil kacau secara manual diikuti dengan putih telur.
  4. Kacau seketika, tuang dalam loyang bakar hingga masak pada suhu 120 darjah selsius.
  5. Setelah kek sejuk, potong kek kepada dua Paipkan bahan isian  dan taburkan kurma  di atasnya.
  6. Tindihkan semula lapisan dan hias kek dengan krim putar.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan