KEK KEJU ONTARIO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN BAWAH

200 gm biskut marie – tumbuk lumat

150 gm marjerin – cairkan

 

BAHAN KEK

500 gm krim keju

400 gm susu pekat manis

200gm krim putar – pukul seketika

100 gm air masak suhu biasa

2 sudu besar  gelatin

 

HIASAN

Coklat emulco

 

CARA MENYEDIAKAN :

  1. Terlebih dahulu kita sediakan gelatin dengan mencampurkan gelatin dengan air masak dan biarkan ia kembang.
  2. Kemudian kita sediakan lapisan bawah kek dengan menggaul serbuk biskut dengan marjerin cair. Kemudian mampatkan di dasar loyang. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  3. Putar krim keju dan susu pekat manis hingga gebu.
  4. Masukkan krim putar, putar lagi. Ketepikan.
  5. Gelatin yang sudah kembang tadi kita cairkan dengan menggunakan teknik double boiler dan masukkan sikit demi sedikit dalam adunan keju.
  6. Gunakan spatula, gaul secara manual, tuang adunan di atas loyang yang telah berisi adunan serbuk biskut.
  7. Lorekkan dengan coklat emulco yang dimasukkan dalam beg paip.
  8. Simpan di dalam peti sejuk semalam sebelum dihidangkan.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan