BAHAN LAPISAN BAWAH KEK:
200 gm biskut oreo – kisar halus
80 gm mentega cair
BAHAN KRIM
BAHAN A:
500 gm krim keju
1 sudu kecil perasa strawberi
BAHAN B:
3 biji telur kuning }
50 gm gula } ‘double boiler’
Sedikit parutan kulit lemon }
BAHAN C:
2 sudu besar serbuk gelatin } ‘double boiler’
50 ml air }
BAHAN D:
150 ml krim putar
BAHAN E:
3 biji telur putih
50 gm gula kastor
BAHAN F:
4 biji belahan buah strawberi
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan biskut oreo dan mentega cair ke dalam acuan 8 inci. Tekan padat biskut tersebut dan simpan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
- UNTUK BAHAN KRIM: Bahan A dipukul hingga gebu. Masukkan bahan B dan C. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan bahan D dan bahan E yang telah dipukul gebu.
- Masukkan sekali bahan F. Kacau rata dan tuang atas biskut yang telah disejukkan tadi.
- Hiaskan dengan strawberi di atasnya. Simpan di dalam peti sejuk selama dua jam. Bila dah keras bolehlah dihidangkan.