BAHAN-BAHAN
500 gm kek span – potong dua
BAHAN KRIM STRAWBERI:
130 gm gula kastor
¼ sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk agar-agar
300 ml air
50 gm jem strawberi
45 gm tepung hoen kwe merah
CARA MENYEDIAKAN
- UNTUK MEMBUAT KRIM STRAWBERI: Satukan ke semua bahan dan masak hingga pekat.
- Ambil separuh adunan krim strawberi dan sapukan di atas kek span. Hiaskan dengan hirisan buah strawberi.
- Lapiskan dengan sepotong kek span lagi di atasnya.
- Ulangi proses, menyapu krim strawberi di atas kek.
- Akhir sekali, hiaskan strawberi di atasnya mengikut kreativiti anda. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.