Bahan A

  • 1 kg kepala ikan merah
  • 100 gm serbuk kari ikan
  • 100 ml air asam jawa

 

Bahan B

  • 9 ulas bawang merah – hiris
  • 6 ulas bawang putih – hiris
  • 6 cm halia – hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur

 

Bahan C

  • 500 ml santan
  • Bendi
  • 2 biji tomato

 

Cara menyediakan

1.Panaskan minyak di dalam kuali.

2.Tumiskan ke semua bahan B sehingga terbit bau.

3.Masukkan serbuk kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

4.Masukkan air asam dan santan dan akhir sekali masukkan kepala ikan merah, garam dan sayur.