KARI IKAN SEMBILANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan A

2 ekor ikan sembilang saiz sederhana

 

Bahan B

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil halba campur

2 tangkai daun kari

Minyak untuk menumis

 

Bahan C

5 sudu makan serbuk kari ikan

1 cawan air asam jawa

1 cawan santan sederhana pekat

Air secukupnya

2 biji tomato – potong empat

Bendi

Garam secukup rasa

 

Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang di bancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan pula air asam jawa dan santan, biarkan mendidih.
  4. Masukkan bendi dan ikan, tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Kecilkan api dan biarkan kari mendidih dan pecah minyak.
  5. Masukkan pula garam dan tomato. Renehkan hingga pecah minyak lagi dan tutup api.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan