Bau Mulut? Aeuwwwww

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Masalah bau mulut ada kalanya mengganggu kehidupan. Kita rasa rendah diri, tidak suka bercakap dengan orang dan lebih suka menyendiri gara-gara mulut berbau. Jangan risau, SAJI akan membantu anda dengan 10 tip untuk menghilangkan bau mulut:

GOSOK GIGI DAN LIDAH

  • Jangan pernah ketinggalan untuk menggosok gigi setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur. Usah pandang remeh..! Pastikan anda memberus seluruh celah gigi, Jika perlu, gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali ya!

TEH HIJAU

  • Cuba minum teh hijau tanpa gula paling kurang sekali sehari. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan

 

KURANGKAN MAKANAN MANIS

  • Makanan yang manis tidak dinafikan sedap tetapi risiko pada gigi juga sangat dahsyat. Makanan yang bergula ini akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan. Akhirnya sisa makanan itu membuatkan gigi anda cepat rosak dan menyebabkan bau mulut.

AIR MINERAL

  • Banyakkan minum air putih atau air mineral dalam seharian. Dek kerana cuaca, mulut kita akan kering sepanjang hari hingga menyebabkan mulut berbau. Minum air dengan banyak juga dapat menjaga keseimbangan air dalam badan dan dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga.

SUSU DAN KEJU

  • Pengambilan keju yang rendah karbohidrat dan tinggi kalsium serta mengandungi fostat dapat memperkuatkan gigi serta meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karies gigi. Susu pula dipercayai dapat mengatasi masalah bau mulut.

JAGA PEMAKANAN

  • Makanan yang diambil juga mungkin punca masalah nafas berbau. Elakkan mengambil bawang putih atau kopi terlalu kerap terutama pada waktu malam. Makanlah makanan yang sihat dan bertekstur keras seperti cornflakes, kekacang, dan buah epal kerana ia dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.

HINDARKAN MAKANAN YANG BERBAU

  • Sebaiknya elakkan mengambil makanan yang berbau kuat seperti durian, petai, jering, kerdas dan sebagainya. Ia akan mengganggu nafas anda hingga memberi ketidakselesaan pada diri dan orang lain.

UBAT KUMUR

  • Bagi memastikan kebersihan mulut anda terjaga, disarankan menggunakan ubat kumur setelak menggosok gigi. Ia akan menjadikan nafas kita berbau segar sepanjang hari.

BERSENAM

  • Melakukan senaman mudah secara teratur juga bermanfaat bukan hanya pada badan, tapi pada mulut juga. Senaman dapat mengeluarkan toksin dalam badan yang menjadi penyebab bau mulut.

JUMPA DOKTOR GIGI

  • Jika segala tip di atas telah dilakukan, tetapi keadaan masih sama, sudah tiba masanya untuk anda bertemu doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis..!
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali paksalah diri untuk berjumpa doktor gigi bagi memastikan gigi anda bukan sahaja tidak berbau, malah turut sihat!

Gambar (sumber google)

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan