BAHAN
1 kg daging kambing – pilih bahagian yang lembut
6 sudu kecil serbuk paprika
2 sudu kecil serbuk thyme
1 sudu kecil herba campuran (mixed herbs)
Sedikit minyak
Garam dan lada sulah
CARA
- Kambing dibersihkan dan dipotong secara kepingan nipis.
- Gaulkan ke semua bahan dengan sedikit minyak hingga menjadi agak pekat.
- Perasakan garam dan lada sulah.
- Lumurkan pada kambing dan perap selama sekurang-kurangnya 2 jam.
- Bakar hingga masak di atas api sederhana panas 160⁰C selama 15 minit.