SOMTAM BETIK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 biji betik muda

5 ulas bawang putih

4 sudu besar kacang tanah – goreng tanpa kulit

4 sudu besar gula kabung Thai

4 sudu besar jus limau nipis

4 sudu besar udang kering Thai

3 tangkai cili padi

2 biji tomato

Sedikit kangkung

Sedikit kacang panjang

Sedikit sos ikan

 

CARA

  1. Betik dibuang kulit dan diparut kasar.
  2. Di dalam bekas yang berasingan tumbuk kasar bawang putih dan cili padi.
  3. Masukkan gula kabung, jus limau nipis, sos ikan dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan betik, mangga muda, kacang panjang, kangkung dan tomato. Kacau lagi hingga rata.
  5. Sesuaikan secukup rasa masam, manis, masin dan pedasnya.
  6. Taburkan udang kering dan kacang tanah di atasnya. Hidang di dalam bekas yang sesuai.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan