Bahan-Bahan:
1 kg daging kambing
Kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
Bahan kisar:
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1-2 batang serai
Bahan lain:
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu besar biji jintan putih
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk garam masala
2 gelas air
Minyak masak
CARA :
- Daging yang telah dipotong tadi gaulkan bersama 1 sudu besar serbuk unyit dan sedikit garam.
- Kemudian rebus daging tersebut dengan sedikit air dan masak hingga air kurang atau daging masak empuk. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
- Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato.
- Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
- Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
- Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Hidangkan.