Bahan-bahan :
1 biji buah avocado yang masak ranum
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat
Sedikit coklat cair (Hershey’s) atau home-made sos coklat
Ais
Cara-cara
Ceduk buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam pengisar
Masukkan susu segar dan susu pekat
Kisar hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair
Picitkan coklat cair di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas (tambah rasa). Masukkan ais. Siap untuk dihidang.