Lemon  banyak ditanam di Asia seperti India, China dan juga Amerika Selatan. Lemon mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan juga sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa. Ia mengandungi vitamin B dan C, potassium dan fosforus sebagai anti oksidan, anti-bakteria, anti-viral, menguatkan imun dan melawan jangkitan.

Tambahan pula, lemon dapat membantu penghadaman dan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan. Hanya sedikit perahan lemon di dalam air panas sudah cukup untuk membersihkan sistem pencernaan dan organ hati. Kandungan vitamin C dan asid sitrik berkesan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit. Lemon baik untuk merawat demam selsema.

Vitamin C dan anti-viral memberi pertahanan segera kepada sel-sel tubuh. Jika anda sakit tekak, minum air perahan lemon dicampur madu lebah dengan air suam 3 kali sehari. Ia dapat melegakan kesakitan. Campuran perahan lemon dan madu lebah juga dapat merawat penyakit jangkitan kulit seperti ekzema dan ruam-ruam dengan menyapukan di bahagian luaran.

Bagi yang aktif dalam sukan dan pengembara yang sering keluar negara, lemon dapat memberi kesegaran dari rasa letih dan memberi ketahanan terhadap ancaman jangkitan wabak penyakit. Selain itu, lemon baik untuk mengelak dari penyakit batu karang. Kajian saintifik mendapati lemon membantu aktiviti anti-kanser oleh liminoids, kompaun yang melindungi sel-sel dari kerosakan yang boleh membawa kepada pembentukan sel kanser. Seperti yang diketahui umum, lemon ialah sejenis buah yang mempunyai banyak khasiat dan memang sesuai dijadikan sebahagian dari diet anda.

Noni Wahab

Noni Wahab

More Posts - Website

Follow Me:
FacebookInstagramYouTube