IKAN TENGGIRI SINGGANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan:

3 potong ikan tenggiri

2 cm lengkuas (potong dan ketuk)

3 biji bawang merah (hiris nipis)

2 ulas bawang putih (hiris nipis)

1-2 keping asam gelugor

5-6 biji cili padi

4 batang sayur bendi

1 sudu kecil serbuk kunyit

garam dan gula secukup rasa

Serbuk perasa secukupnya

 

Cara-caranya:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Kemudian rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor,serbuk kunyit, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  4. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan