Bahan-bahan:
400 gm daging
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
½ batang lobak merah (d ipotong kecil)
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 batang kacang panjang (Dipotong pendek)
1 biji cili merah (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
5 biji cili api (Diketuk)
5 helai daun limau purut
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air
CARA:
- Potong daging kecil dan nipis. Basuh dan toskan.
- Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi.
- Masukkan daging kemudian kacau rata.
- Masukkan lobak merah, pes tomyam, kicap pekat, sos cili, dan sos tiram. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan pula kacang panjang, cili merah, bawang besar, cili api, dan air. Kacau rata.
- Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau. Kemudian tutup api.
- Hidangkan bersama nasi putih.