IKAN KOD JAGUNG MANIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN PERAP:

300 gm ikan kod

1 sudu besar kicap cair

Lada hitam

Sedikit garam

 

BAHAN GORENG

Minyak masak

1 cawan tepung jagung

2 biji telur – pukul

 

BAHAN JAGUNG

3 sudu besar marjerin

1 batang jagung – sisir dan tumbuk

1 sudu kecil esen vanila

Garam dan lada hitam

1 cawan  air

½ sudu besar tepung jagung

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Satukan isi ikan dengan bahan perap dan biarkan sejam.
  2. Panaskan minyak dan celup isi ikan dalam telur dan lumurkan dalam tepung, goreng hingga masak. Ketepikan.
  3. Untuk sos jagung; Panaskan marjerin dan masukkan semua bahan jagung. Biarkan jagung masak. Setelah itu masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Tuang sos jagung dan letakkan ikan yang telah digoreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan