BAHAN-BAHAN:
160 gm ikan jelawat
Garam dan gula secukup rasa
1 biji lemon
BAHAN KELADI:
30 gm bawang besar (cincang)
10 gm bawang putih (cincang)
500 gm keladi
500 gm mentega
200 ml krim
Garam dan lada secukup rasa
Bahan Cuka:
30 gm bawang besar (cincang)
10 gm bawang putih (cincang)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3Â biji buah pelaga
500 ml cuka hitam
300 ml stok ikan
Garam dan lada sulah secukup rasa
50 gm mentega
CARA MENYEDIAKAN:
- Perapkan ikan bersama garam dan gula selama 5 minit. Kemudian goreng di atas pemanggang. Ketepikan.
- Keladi direbus hingga empuk. Setelah empuk campurkan semua bahan-bahan keladi.
- Untuk bahan sos, panaskan mentega tumiskan bawang besar dan putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan cuka hitam dan stok hitam. Setelah itu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Susunkan ikan diatas keladi dan curahkan sos diatasnya.