Membawa keluarga menikmati hidangan istimewa sekali-sekala sudah pasti meninggalkan kenangan manis yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ada ketikanya ahli keluarga teringin untuk mengubah cita rasa, suasana dan sebagainya. Ditambah pula mood sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, jadi tidak salah menghargai keluarga dengan menikmati hidangan menyelerakan.

Antara menu yang ada sempena Hi-tea hujung minggu ini seperti Nasi Ayam Kampung, Mee Rebus Daging, Nasi Lemak Istimewa, Crispy Shrimp Wantan, Power Gear Box Soup, Chicken Percik, Oriental Barbecued Lamb, Dim Sum, Chinese Fried Mee Hoon, Mee Goreng Kicap, Sago Gula Melaka, Bubur Cha Cha with Yam, Malaysia Day Cake dan pelbagai lagi.

Terbaru Hotel Sunway Putra menawarkan Hi-Tea hujung minggu bermula 4 Ogos yang lalu di Coffee House terletak di Level 9 untuk setiap hari Sabtu dan di Atrium Lounge setiap hari Ahad.

Selain dari itu, terdapat juga Kari Kepala Ikan yang merupakan signature dish bagi Cef Rossham. Bahan yang digunakan adalah ikan merah. Menurut Cef Rossham jika mahukan kari kepala ikan yang sedap bahan dan teknik masak kenalah betul, baru lah menerbitkan rasa yang sedap.

Cef Rossham mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam dunia kulinari. Berpengalaman luas bertugas di dalam dan di luar negara. Beliau juga pernah dianugerahkan Best Head 1Malaysian Chef dari Chefs Association of Malaysia (CAM).

Selain dari anda menikmati hidangan yang menyelerakan, anda akan didendangkan dengan persembahan Lilyy Jannah dan Arie dengan alunan lagu-lagu yang menghiburkan. Bagi keluarga yang membawa anak-anak, bermula 1 September terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain disediakan berhampiran Atrium Lounge.

 

Masa     :12.00pm hingga 5.00pm

Harga: Coffee House (Sabtu) : RM79 nett

             Atrium Lounge (Ahad) : RM59 nett

*warga tua dan kanak-kanak (7-12 tahun) diskaun 50%

*kanak-kanak 6 tahun ke bawah percuma

Tempahan : Tel 03-4040 9888

Email: spkl.dine@sunwayhotels.com