Sesiapa yang pernah jejak kaki ke Restoran Nu-in Little Perak di Seksyen8, Bangi pasti tahu tentang tarikan dan kesedapan teh tarik istananya yang berhantu.
Berhantu teh tarik ini bukan bererti seram, tetapi berhantu kerana sering membayangi sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Dalam sehari tidak pekena, habislah….terbayang-bayang tentang keenakanya di depan mata. Pasti tak senang duduk! Cepat mengaku sapa yang pernah kena ‘usik’???

Sajian istimewa makanan Perak
Siapa orang Perak? Pasti anda merindui masakan kampung halaman tetapi dek kerana kesibukan dan kekangan masa yang ada, anda tidak berpeluang untuk pulang ke kampung. Jangan gusar! anda boleh merasai keenakan masakan Perak di kafe Nu-In little Perak yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.


Menurut Ketua Pegawai Operasi Nu-In, Mohd Nafidz Abdul Razak, selain menyediakan makanan Perak yang enak, Nu-In juga berusaha sebaik mungkin agar makanan yang disediakan itu bukan sahaja menepati citarasa pelanggan tetapi mengetengahkan elemen kesihatan ke dalamnya.

“Memang kami tahu, makanan yang ada di sini bukanlah bererti sihat seperti makanan hospital, tetapi kami masih berusaha ke arah itu. Ia tidak boleh dilakukan secara drastik kerana tekak masyarakat kita masih tidak boleh menerima elemen itu speenuhnya. Contoh, seandainya kita mengantikan gula dalam minuman dengan gula melaka, pasti ia kedengaran pelik dan rasanya juga lain.”
“Akan tetapi, apa yang kami boleh lakukan adalah tidak berlebihan dalam menggunakan bahan masakan dan turut menggunakan bahan yang ternyata berkualiti agar ianya tidak memudaratkan kesihatan pelanggan kami. Di samping itu, kami turut menyediakan Teh Tarik Istana iaitu teh tarik yang menggunakan susu kambing ganti kepada susu pekat manis. Tanpa perlu disangkal lagi, khasiat susu kambing yang diketahui umum itu menunjukkan kami seirus dalam menjaga kesihatan pelanggan.” Tegas Mohd Nafidz.

Selain kualiti masakan, Nu-In kafe turut menitikberatkan tentang keselesaan pelanggan. Ini kerana, bagi mereka keselesaan sangat penting dalam menarik pelanggan apatah lagi restoran ini turut sesuai untuk yang berkeluarga.



Selain kafe makanan yang selesa dan sedap, Nu-In turut menyediakan perkhidmatan katering, gathering, parti dan lain-lain acara yang diperlukan pelanggan dengan harga yang berpatutan.
Foto (Zulfaiz Zakaria)