BAHAN-BAHAN:
150 gm brokoli – dicelur
100 gm cendawan hitam – dipotong
100 gm cendawan butang – dipotong
5 gm lobak merah – dipotong
100 gm tiram kering
50 gm kicap cair
50 gm sos tiram
50 gm kicap pekat
1 paket fatt choi – dicuci
1 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit bawang putih
Sedikit minyak bijan
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendam tiram dalam air panas.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- Masukkan cendawan hitam, cendawan butang, lobak merah dan tiram.
- Kemudian, masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, garam, gula dan air.Biarkan seketika hingga cendawan masak dan kuah meresap dengan sempurna.
- Angkat. Renjiskan minyak bijan dan tabur fattchoi.
- Susunkan brokoli di sekelilingnya.