Tahukah anda bahawa amalan memakan ikan secara kerap boleh melindungi dan menghindar anda daripada pelbagai penyakit? Ikan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tubuh kerana ia kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, antioksidan, mineral, protein  dan vitamin.

Jenis ikan yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan adalah ikan isi putih seperti ikan bawal, ikan merah, ikan parang dan macam-macam lagi. Selain itu, jenis ikan berminyak seperti salmon, ikan kembung, tuna segar, sardin juga mengandungi khasiat-khasiat yang baik untuk kesihatan.

Mengurangkan risiko serangan jantung

Kajian telah mendapati bahawa makan ikan yang mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi boleh mengurangkan kadar lemak dan kolestrol dalam darahyang boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan kadar tekanan darah tinggi.

 

Mengurangkan risiko kanser

Kajian mendapati kandungan omega-3 dalam ikan juga dapat membantu mencegah dan mengelak daripada risiko penyakit kanser.

 

Meningkatkan kecerdasan otak

Kandungan omega-3 dalam ikan boleh mencegah kerosakan sel-sel otak dan meningkatkan memori serta kecerdasan otak. Kajian juga menunjukkan bahawa memakan ikan dapat mencegah penyakit Alzheimer.

 

Mengurangkan kemurungan

Omega-3 dalam ikan baik untuk mengurangkan kemurungan. Kajian telah mendapati bahawa orang yang mengambil banyak ikan dalam diet mereka mempunyai tahap kemurungan yang lebih rendah.

 

Mencantikkan kulit

Kandungan omega-3 boleh membantu menjaga dan menjadikan kulit cantik dan bermaya. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan kulit.