SEJARAH SARDIN TIN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

SUSUNAN: NOOR JOHA AHMAD

Ikan sardin yang ditinkan bukan sahaja popular di negara kita, malah ia seluruh dunia. Malah sejarah awal ikan ini ditinkan juga bermula dari dunia sebelah Barat.

Pada abad ke-19, Nicolas Appert, warga Peranchis dari bandar Champange memulakan kerja sebagai tukang masak profesional. Kemudian dia berpindah ke Paris dan membuka sebuah bakeri.

Nicolas kemudian mula berfikir bagaimana untuk menyimpan makanan untuk satu tempoh yang lama, tanpa mengubah rasa asli makanan tersebut.

Idea mengenainya itu mendapat liputan luas surat khabar tempatan; Dapat idea menyesuaikan musim, luruh, panas dan bunga di dalam botol.

Seorang teman baiknya Josep Colin yang menetap di Nantes, Peranchis cuba menyesuai dan mengolah cara penyimpanan makanan dalam botol yang diideakan Nicolas, dan disitulah bermulanya idea sardin ditinkan. Sebelum itu, penduduk di utara Peranchis menyimpan ikan sardin di dalam balang diperbuat daripada tanah liat yang dinamakan `oules’.

Sejak sardin tin diperkenalkan, penggunaannya amat diterima masyarakat lebih-lebih lagi sewaktu zaman perang , ia dibekalkan kepada para tentera Bersekutu dan Peranchis sendiri.

Pada 1836, Nicolas berjaya menghasilkan sebanyak 30 ribu tin sardin setahun dan membuka 30 kilang kecil. Ketika itu tin-tin sardin diperbuat tanpa teknologi moden tetapi hanya dengan tangan. Sardin digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam tin. Sardin ketika itu tidak sama seperti sardin yang kita makan sekarang ini.

Masa berlalu, dan sardin dari Peranchis mula dieksport ke Amerika. Pada tahun 1870 sewaktu perang Franco-Prussin membuatkan sardin tin sukar untuk dieksport ke luar dari Parnchis.

Pelabur Amerika mula membuka kilang sardin pada 1875 di Pantai Timur Amerika. Kilang yang dinamakan Eagle Preserved Fish Companydibuka dan berkembang sehingga abad ke-20. Bagaimanapun kilang tersebut banyak menggunakan ikan hering, lebih kenyal berbanding sardin.

Pada 1880, sebuah kilang sardin dibuka di Setubal, Portugaldan negara tersebut dapat menyaingi pengeluaran sardin Peranchis bermula 1930.

Selain itu di Tunisia, sardin juga menjadi makanan popular dan dianggap makanan bagi golongan miskin di sana. Ikan sardin segar ataupun yang ditinkan di Tunisia biasanya dipanggang, dan dicampurkan dengan minyak zaitun dan lemon. Selain Tunisia, Greek juga popular dengan sardin.

Pelbagai penyediaan sardin dalam tin berbeza mengikut cita rasa negara tertentu. Selain sos tomato, sardin juga ditinkan dengan minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak soya dan sos mustard.

Sardin yang kaya dengan vitamin B12, B2 dan mineral baik untuk sistem saraf dan metabolisme tenaga. Kandungan Omega-3 dapat mengurangkan penyakit pada kardio. Kandungan asid lemaknya juga boleh mengurangkankadar gula dalam darah. Selain itu ikan ini juga kaya dengan vitamin D, kalsium dan protien.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan