BAHAN-BAHAN:
300 gm isi dada ayam – dibuang kulit & tulang(dipotong memanjang)
1 cawan tepung gandum ( di ayak)
2 biji telur ( dipukul)
Secawan serbuk roti
BAHAN SOS REMOULADE
1 sudu besar mayonis
1 sude besar greek yoguht
1 sudu kecil capers (cincang halus)
1 sudu kecil gherkins (cincang halus)
1 sudu bawang kecil (cincang halus)
Gula, garam & lada putih secukup rasa
BAHAN SOS MARIE ROSE
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos tomato (ketchup)
Beberapa titik sos worchestershire
Beberapa titik jus lemon
Garam, gula dan lada putih secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Celup ayam ke dalam tepung diikuti telur kemudian serbuk roti. Goreng didalam minyak penuh pada 160⁰C selama 6 hingga 8 minit sehingga masak dan kuning keemasan.
- Untuk membuat sos remoulade, campurkan semua bahan dan gaul sebati.
- Untuk sos marie rose, campurkan semua bahan dan gaul sebati.
- Hidangkan ayam panas bersama sos yang telah dibuat.