BAHAN UNTUK CREPES:

3/4 cawan tepung

1 biji telur

1 cawan susu

2 sudu besar mentega cair

Secubit garam

 

BAHAN LAIN :

Sedikit sos remoulade

Sedikit sos marie rose

Sedikit daun salad, timun dan kepingan tomato

Isi ayam lebihan dari  ayam panggang, goreng atau goujonettes

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Campurkan kesemua bahan crepes dan kacau sehingga sebati.
  2. Didalam kuali leper saiz sederhana, panaskan sedikit mentega dan tuang campuran crepes sebanyak 1 senduk (kuantiti boleh diubah mengikut saiz kuali), masak selama 1 minit.  Terbalikkan dan masak selama 1 minit lagi. Ulang sehingga campuran crepes habis.
  3. Di atas sekeping crepes, sapukan sedikit sos, taburkan sedikit hirisan daun salad, timun dan tomato. Letakkan isi ayam gulung dan hidangkan.