BAHAN AYAM:
1 keping paha ayam tanpa tulang (dipotong dadu 1 1/2 cm)
1 sudu besar tepung gandum
Garam dan lada putih secukup rasa
UNTUK BAHAN SOS THAI:
1/2 cawan jus oren
1/2 cawan jus lemon
1/2 cawan sos chili thai
Garam secukup rasa
SALAD BETIK MUDA:
100 gm kacang buncis direbus & dipotong memanjang
100 gm betik muda disagat halus
100 gm epal hijau disagat halus
100 gm karot disagat
VINAIGRETTE MARKISA:
1 sudu besar minyak zaitun
Jus dari 1 biji oren
Jus dari 1 biji lemon
1 biji buah markisa diambil jus
Garam, gula dan lada putih secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Perasakan ayam dengan garam dan lada putih. Salutkan nipis dengan tepung gandum. Goreng sehingga garing.
- Untuk menyediakan sos thai, campurkan kesemua bahan dan reneh selama 5 minit atau tinggal separuh.
- Untuk salad betik, campurkan kesemua bahan salad.
- Untuk vinaigrette markisa, campurkan kesemua bahan, kacau sehingga sebati. Gaulkan vinaigrette secukupnya dengan bahan salad. Hidangkan bersama ayam goreng yang telah digaul bersama sos thai.