BAHAN-BAHAN:
2 ketul peha ayam mutiara
2 cawan minyak zaitun
3 ulas bawang putih
Beberapa batang thyme segar
2 keping daun bay
2 tangkai cili kering
Kus-kus delima & kranberi
200 gm kus-kus
200 ml air
2 sudu besar kranberi kering
2 sudu besar isi buah delima
Sedikit daun pudina & daun ketumbar
1 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada putih secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk menyediakan ayam, panaskan ketuhar pada suhu 100 ⁰C.
- Di dalam periuk, masukkan minyak zaitun, bawang putih, thyme, daun bay, cili kering dan sedikit garam.
- Panaskan periuk di dalam ketuhar selama 15 minit, kemudian masukkan ayam dan confit pada suhu 100⁰C selama 2 jam.
- Keluarkan ayam dari minyak dan goreng sebentar di dalam kuali sehingga kulit menjadi garing.
- Untuk menyediakan kus-kus, didihkan air bersama sedikit garam. Masukkan kus-kus dan terus padamkan api.
- Masukkan kranberi kering. Biar kus-kus meresap air selama 5 minit.
- Hidupkan semula api yang perlahan, masukkan minyak zaitun dan kacau menggunakan garpu selama 2 minit. Padamkan api, campurkan biji buah delima, daun pudina, daun ketumbar dan sedikit jus lemon. Kacau rata. Hidangkan bersama sedikit jus ayam bakar dan buah zaitun kalamata.