• Jagung adalah tumbuhan yang hidup di setiap benua kecuali benua Antartika.
  • Lebih dari 8.000.000.000.000 kg jagung di tanam setiap tahun.
  • Lebih dari setengah hasil tanaman jagung di dunia berasal dari Amerika Syarikat.
  • Banyaknya baris pada setongkol jagung umumnya adalah 16.
  • Sedangkan jumlah biji pada batang jagung umumnya lebih dari 800 biji.
  • Jagung adalah tanaman rumput raksasa.
  • Tanaman jagung boleh diolah menjadi ethanol yang dapat digunakan untuk bahan bakar.
  • Orang Indian Inca mengunyah daun jagung muda seperti mana mengunyah gula-gula getah kerana rasanya yang manis.
  • Jagung mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi banyak serat dan baik untuk sesiapa yang berdiet. Ia mengandungi Vitamin A,C, magnesium, potassium dan folsin.
  • Jagung yang ditumbuk boleh dijadikan ‘mask’ untuk muka. Ia boleh menutup liang-liang roma dan menegangkan kulit muka.
  • Tongkol jagung berguna untuk mengubati pendarahan pada luka.
  • Bulu jagung yang berwarna kuning keemasan boleh dituam pada luka dan mengelakkan daripada bernanah. Selain itu juga berguna untuk paru-paru yang lemah dan dapat mengurangkan tekanan.
  • Dengan memakan jagung, ia dapat membantu dalam memperkuatkan tulang, gigi dan rambut.