AYAM MASAK TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

500 gm ayam

1/2 cawan kacang pis

1 sudu kecil garam

1 labu bawang besar – potong bulat

1 biji tomato – belah empat

2 sudu besar gula

1 sudu besar sos tomato

Minyak untuk menggoreng

 

BAHAN KISAR:

7 tangkai cili kering – rendam air panas terlebih dahulu

1 biji tomato

1/2 labu bawang besar

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil udang kering

½cm halia

 

CARA:

  1. Lumurkan garam pada ayam dan goreng hingga masak.
  2. Buang minyak lebihan goreng ayam tadi dan tinggalkan3 sudu besar.
  3. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  4. Masukkan gula, garam dan sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan tomato dan bawang besar. Kacau.
  6. Masukkan ayam dan gaul rata-rata.
  7. Hidangkan dan taburkan kacang pis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan