EDISI MELELEH AIR LIUR – PENANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

LAKSA PENANG CHOWRASTA

Sengaja SAJI singgah sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Lokasi bersebelahan dengan gerai Pak Karim. Aromanya cukup memikat rasa, membuat SAJI ter’order’ satu buat minum petang. Laksa Penangnya memang terbaik. Setiap gigitan terasa ketulan ikan yang memenuhi segenap pelusuk kuah.  Sempurna dengan segala rasa yang diperlukan. Kata pemilik, dia telah membuka gerai di Chowrasta lebih 30 tahun lalu.

CENDUL BERATUR

Bukan Nasi Kandar sahaja perlu beratur. Nak makan cendul pun kena beratur. Memang menguji kesabaran…hehe. Kalau penuh barisan semuanya warga Penang, tak perlulah SAJI bercerita panjang lebar mengenai kehebatan Teochew Chendul. Cuaca panas terik, dapat makan cendul di bawah pokok, memang satu perasaan yang sukar digambarkan. Sedap giler weh. Cendul terbaik yang pernah SAJI makan.

MEE SOTONG

Kalau datang Penang, tak pekena Mee Sotong memang rugilah. Berpusing-pusing SAJI cari lokasi Mee Sotong ini, rupa-rupanya terletak di medan selera Esplanade Park. Apa yang menarik, setiap meja yang dilalui, pasti ada Mee Sotong. Rasa mee goreng yang cukup ringan, diadun dengan sambal sotong memberikan satu rasa yang cukup mewah. Setiap gigitan terasa kemanisan sambal sotong yang kemudiannya bakal mengundang rasa pijar di dalam mulut.

LAKSA JANGGUS

SAJI sanggup memandu hampir satu jam dari Batu Feringgi semata-mata mahu menikmati kehebatan Laksa Janggus yang diuar-uarkan penggemar laksa. Nasib agak baik kerana kedai masih lagi beroperasi. Kuahnya memang cukup pekat dan menggamit deria bau. Cuma, SAJI harus ungkapkan maaf kerana ianya tidak begitu menepati selera. Mungkin kerana jangkaan terlalu tinggi yang ditetapkan. Namun penggemar laksa boleh jadikan tempat ini sebagai persinggahan cari makan. Lain orang lain selera kan?

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan