ANEKA PENKEK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Susunan: Noor Joha Ahmad
Pada zaman kuno Greek penkek dinamakan `teganites’ diambil maksud dari `tegenon’, kuali goreng.
Pada abad ke-5, dalam sebuah puisi ada disebut tentang penkek yang diperbuat daripada tepung, minyak zaitun, madu, dan dadih yang dihidangkan untuk sarapan.

Perkataan `pancake’ mula digunakan dalam bahasa Inggeris pada abad ke-15.
Selain penkek yang popular di kalangan bangsa Inggeris, ia juga popular di merata dunia dan bentuknya yang berlainan. Selain itu cara membuatnya juga berbeza.

 


1. Afrika

Ia dinamakan injera dan dimakan dengan kuah stiu. Ia popular di Ethopia, Djibouti dan Somalia. Injera yang adunannya dicampur dengan yis dan menghasilkan tekstur yang lembut seperti span. Selain stiu ia juga dimakan dengan salad. Di Somalia, ia dinamakan lahoh dan dimakan dengan madu, minyak sapi, kari, sup dan stiu. Jika di Kenya pula penkek dimakan untuk sarapan pagi bagi menggantikan roti. Rasanya manis kerana dalam adunan ia dicampurkan sedikit gula. Penkek Kenya tidak jauh beza dengan penkek Inggeris dan krip Perancis. Di Uganda, penkek biasa diperbuat daripada pisang dan dimakan sebagai hidangan sarapan pagi.

 


2. India

Penkek dinamakan uttapam dan ia dicampur dengan pisang lenyek. Di India terdapat pelbagai penkek dan resipinya juga berbeza mengikut daerah. Di bahagian utara ia dinamakan cheela, rasanya manis. Bahagian selatan India ia dinamakan neer dosa, appam atau uttapam menggunakan tepung beras yang diperam dan kacang dal hitam. Di Goa, penkek nipisnya dimakan untuk minum petang dan biasanya dicampur dengan kelapa.

 


3. Jepun

Penkeknya yang dinamakan okonomiyaki diperbuat daripada tepung, telur dan kubis.

 


4. Korea

Terdapat banyak jenis penkek di negara ini, antaranya, jeon, pajeon, bindaetteok, kimchijeon, and hotteok.

 


5. Malaysia dan Singapura

Seperti biasa ia dinamakan lempeng.

 


6. Nepal

Chataamari yang dimasak menggunakan nasi yang dicampur dengan telur.

 


7. Pakistan

Rishiki, penkek yang nipis seperti krip diperbuat daripada tepung, air, telur dan dimakan dengan madu. Ia popular di bahagian utara Pakistan.

 

8. Vietnam

Bánh xèo, penkek stail Vietnam.

 

9. Eropah

Negara-negara seperti Austria, Republik Czech, Slovakia, Bulgaria, and Romania popular dengan penkek jenis palacinka dan palatschinke. Penkek ini diisi dengan manisan seperti jem buah-buahan, sos coklat dan kacang hazel, kemudian dibakar. Jika di Ustria, ia dinamakan Kaiserschmarrn dimasak menggunakan kismis, badam, jem apel dan ditabur dengan serbuk gula.

 

10. Rusia

Termasuk negara jajahannya dahulu, penkek diisi dengan keju dan dimakan dengan beri hitam. Selain itu ada yang gemar makan dengan telur ikan. Di Rusia ia dinamakan blini, penkeknya nipis, adunannya merupakan campuran tepung, mentega, telur, susu dan yis.

11. Finland

Plattar dimakan dengan krim putar, jem dan gula serta aiskrim vanila.

 

12. Jerman

Ia dinamakan pfannkuchen bermaksud ` kuali’ dan `goreng’. Penkeknya lebih tebal berbanding krip dan dimakan dengan bahan tambahan manis.

 

13. Iceland

Masyarakat di sana menamakannya ponnukaka. Ia dimasak nipis dan kuali bekas menggoreng penkek ini tidak akan dicuci walaupun disiram dengan air. Ponnukaka akan ditabur gula atau jem, krim putar dan kemudian digulung.

 

14. Sepanyol

Frixuelos atau filloas begitu popular di utara negara ini. Diperbuat daripada tepung, susu dan telur. Ia enak dimakan dengan madu dan gula.

 

15. Venezuela and Colombia

Penkek yang diperbuat daripaga jagung amat popular di kedua-dua negara ini.

 

16. Brazil

Penkek Brazil menggunakan tepung ubi seakan lempeng dimakan dengan begitu sahaja ataupun dicicah dengan makanan sampingan yang manis ataupun savori.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan