Aku Kaya!!!

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Fuuhhh, berpinar mata melihat kilauan emas di sekeliling. Cukup menyegarkan hari dan membuatkan hidup cukup ceria sehingga senyum sampai telinga. Tak dapat miliki pun tak mengapa, dapat merasai duduk dikelilingi emas sudah mencukupi. Apa tidaknya, muzium ini bernilai lebih RM20 juta.

Kreatif sungguh orang Penang, sampaikan emas pun dijadikan muzium. Bertempat di Lebuh Bishop, Muzium Emas Public Gold satu-satunya muzium emas di Asia Tenggara…haaa bangga tak?  Selain dapat timba pengetahuan mengenai emas, SAJI juga berpeluang untuk melihat sendiri cara pembuatan perak dan mendulang emas. Emas yang dapat didulang, boleh dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang…tapi emas tipu la…hehehe.

Baru SAJI tahu rupa-rupanya terdapat 3 lokasi mendulang emas di Pahang dan 1 lokasi di Kuching, Sarawak. Dan Afrika Selatan merupakan lombong emas terbesar dunia. Lepas ni, jom ramai-ramai berhijrah ke Afrika Selatan. Pakcik kayooo!!!

Apa yang lebih menarik, setiap pengunjung dapat menyentuh sendiri jongkong emas seberat 50 kilogram. Kalau nak tahu, 12.5 kilogram emas berharga RM1.8 juta.

Selain itu, pengunjung akan dapat melihat sendiri proses membuat perak. Menurut kru yang bertugas, perak dapat dileburkan pada kepanasan 1200 darjah celcius. Emas pula lebur pada kepanasan 1600 darjah celcius. Ceramik dan karbon digunakan untuk proses peleburan.

Jika hati sudah terpaut pada emas yang dilihat, pengunjung juga berpeluang untuk membeli emas sebagai koleksi peribadi. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.

Bayaran masuk :

Dewasa : RM28.00

Kanak-kanak / Warga Emas : RM15.00

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan