BAHAN:
333 ml susu segar
133 gm marjerin
1 sudu kecil gula kastor
½ sudu kecil garam
200 gm tepung gandum ayak
6 biji telur
100 gm coklat masakan
100 gm badam cincang
BAHAN KRIM VANILA
500 gm susu segar
100 gm gula halus
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
CARA:
- Susu, marjerin, garam dan gula dimasak sehingga mendidih.
- Masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati, matikan api.
- Sejukkan sebentar dan masukkan telur satu persatu sambil kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam beg paip dan paipkan ke atas dulang pembakar.
- Bakar didalam ketuhar hingga masak dan kekuningan.
- Setelah dibakar dan sejuk, potong kepada dua bahagian éclair tadi dan paipkan krim vanila ke dalam éclair tadi. Untuk bahan krim: Kacau di dalam periuk atas api sehingga likat.
- Cairkan coklat dan sapukan di atas éclair.
- Taburkan badam cincang diatasnya.