BAHAN
333 ml susu segar
133 gm marjerin
1 sudu kecil gula kastor
½ sudu kecil garam
200 gm tepung yang sudah diayak
6 biji telur
Gula aising
BAHAN Vanila krim
500 gm susu segar
100 gm gula halus
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
CARA
- Susu, marjerin, garam dan gula dimasak diatas dapur.
- Kacau hingga mendidih.
- Masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati, matikan api.
- Sejukkan sebentar dan masukkan telur satu persatu sambil kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam beg paip dan paipkan di atas dulang pembakar.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160⁰C selama 25 minit atau hingga masak atau kekuningan.
- Setelah dibakar dan sejuk, kemudian potong sedikit paf krim tadi dan paipkan vanila krim ke dalamnya.
- Untuk bahan krim: Kacau di dalam periuk atas api sehingga likat