Siapa suka pemanis mulut? boleh cuba resepi pemanis mulut dari anak muda ini. Sedap tidak terkata walaupun nampak biasa-biasa. Boleh dibuat minum petang atau pembasuh mulut ketika makan bersama keluarga. Jom cuba!
CHEWY GOOEY BROWNIES
Bahan-bahan:
110 gm tepung gandum
35 gm serbuk koko
2 sudu besar tepung penaik
200 gm coklat gelap
180 gm mentega
300 gm gula perang
3 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 175c selama 15 minit.
- Ayak tepung gandum, serbuk koko dan tepung penaik bersama-sama. Ketepikan.
- Satukan mentega dan coklat gelap ke dalam periuk. Cairkan menggunakan api perlahan.
- Masukkan gula dan gaul sehingga gula larut. Tutup api dan masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kacau sebati seterusnya masukkan esen vanila.
- Campurkan adunan ke dalam bekas berisi tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar selama 50 minit.
- Sedia untuk dihidangkan.
CHEESE TART
Bahan untuk shell (kulit tart):
500 gm tepung gandum
10 gm susu tepung
250 gm mentega
100 gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya:
- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila.
- Diikuti dengan tepung gandum dan susu tepung. Sebatikan adunan.
- Bentukkan adunan menggunakan acuan tart.
- Sedia dibakar pada suhu 175c selama 20 minit.
Bahan inti keju:
500 gm krim keju
100 gm gula ising
30 gm mentega
3 sudu besar telur
1 sudu besarkrim putar
Cara-caranya:
- Putarkan krim keju, gula ising dan mentega sehingga sebati.
- Masukan telur sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair.
- Jika adunan masih kental, masukkan krim putar dan putar sebati sehingga adunan menjadi lembut.
Cara membuat cheese tart:
- Susunkan kulit tart dan letakkan filling yang disukai di tengah. (blueberry/coklat/strawberi dan lain-lain).
- Masukkan krim cheese ke dalam piping bag dan gunting hujung sama besar dengan lubang tart.
- Picitkan cream cheese secara menegak dan menggunung. Nak lagi buncit picit lagi tinggi.
- Bakar selama 10 minit dengan kepanasan bawah 160c.
Untuk hiasan:
- Ambil sedikit krim cheese dan campurkan dengan pewarna.
- Lukis mengikut kreativiti dan corak yang disukai.
- Boleh dibakar semula selama 2-3 minit untuk nampak lebih kemas.
PESAN SAJI*Tambahkan satu sudu air sejuk dalam adunan shell tart agar ianya kekal ranggup.
KEK MENTEGA
Bahan-bahan:
250 gm mentega
250 gm tepung kek
180 gm gula kastor
4 biji telur
½ cawan susu segar
1 sudu kecil butter oil
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya:
- Satukan mentega dan gula kastor dan pukul sehingga kembang
- Masukkan telur satu per satu bersama esen vanilla dan butter oil.
- Diikuti susu yang di selang selikan dengan tepung. Gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 40 minit.
CHOCOLATE SWIRL SLICE
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
¼ cawan gula aising
125gm mentega
Cara-caranya:
- Satukan kesemua bahan sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengak kertas pembakar.
- Bakar pada suhu 175°C selama 15 minit.
Â
Bahan untuk lapisan atas:
250gm krim keju
¼ cawan sour cream
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
¼ cawan gula kastor
Cara-caranya:
- Satukan krim keju, sour cream dan gula kastor himgga lembut dan gebu.
- Masukkan telur dan esen vanilla, putarkan sekejap.
- Tuangkan ke atas lapisan bawah yangg telah dibakar tadi.
Hiasan:
- Cairkan 100 gm coklat kompaun secara double boil, sudukan sedikit ke atas lapisan cheese dan lorek mengikut kegemaran anda
- Bakar sekali lagi pada suhu yang sama selama 35 minit.
Â
PANNA COTA
Bahan-bahan:
4 cawan krim putar
½ cawan gula halus
2 sudu teh esen vanilla
2 paket serbuk gelatin
6 sudu besar air sejuk
Sedikit perahan jus lemon
Cara-caranya:
- Campurkan serbuk gelatine ke dalam air sejuk dan ketepikan selama 5 minit.
- Panaskan krim putar bersama gula dan esen vanilla sehingga gula larut.
- Masukkan gelatine ke dalam adunan krim putar dan gaul sehingga larut sepenuhnya.
- Perasakan dengan sedikit jus lemon.
- Simpan di dalam peti sejuk supaya krim set dengan sempurna
Raspberry sauce
Bahan-bahan:
200g raspberi segar
½ cawan gula halus
½ cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Cara-caranya:
- Bersihkan buah raspberi dan potong kecil. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama gula dan air.
- Masak buah raspberi sehingga hancur menggunakan api perlahan dan masukkan tepung jagung yang telah di bancuh untuk mendapatkan sos yang pekat.
Terima kasih NURLIYANA AHMAD MAZLAN / FB (YANA MAZLAN)