BAHAN-BAHAN:

100 gm kacang dal

900 ml air

2 sudu besar minyak sapi

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil biji sawi

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 batang lobak merah

1 biji terung bulat

2 biji kentang

Daun kari

Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rebus kacang dal bersama air,minyak sapi, jintan manis , jintan putih , biji sawi dan daun kari hingga kembang.
  2. Apabila telah mendidih, masukkan sayur terung dan kentang.
  3. Akhir sekali, masukkan lobak merah dan perasa kan dengan garam dan gula.