BAHAN-BAHAN:

1 batang timun (buang isi, timun hiris memanjang)

1 batang lobak merah ( dihiris memanjang )

4 ulas bawang kecil

1 sudu besar biji sawi

2 sudu besar badam cincang

2 sudu besar kismis hitam

2 sudu besar cili sos

2 sudu besar tomato sos

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar bawang merah kisar

1 sudu kecil halia

1 batang kulit kayu manis

Gula dan garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumis cili kisar, halia dengan bawang, kulit kayu manis , masukkan cili sos dan tomato sos.
  2. Setelah itu, masukkan semua bahan kering termasuk timun dan lobak merah, perasakan dengan gula dan garam. Gaul rata.