DAGING KERUTUP KELANTAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 kg daging lembu tempatan (potong dadu 1 cm besar)

100 gm rempah kerutuk

100 gm cili kisar

7 ulas bawang merah – kisar

3 ulas bawang putih – kisar

2 cm halia – kisar

1 batang serai – kisar

Kayu manis, buah pelaga & bunga lawang secukupnya

1 biji santan kelapa

100 gm kerisik

2 keping asam gelugur

Gula nisan dan garam secukup rasa

Minyak masak secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah kerutuk masukkan daging biarkan daging sampai kecut.
  3. Masukkan santan dan biarkan sampai mendidih.
  4. Masukkan kerisik garam, garam, gula nisan dan asam gelugur. Masak sampai kuah pekat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan