BAHAN A
2 keping dada ayam
BAHAN B
4 ulas bawang putih – hiris
5 ulas bawang merah – hiris
5 biji cendawan hitam – hiris
½ cawan santan
2 sudu serbuk kari daging
Garam – secukup rasa
BAHAN C
3 ulas bawang putih – kisar
3 ulas bawang merah – kisar
4 cm halia – kisar
3 cm kunyit – kisar
3 tangkai cili merah – kisar
¾ cawan santan
3 batang serai – kisar
2 helai daun kunyit – hiris nipis
Garam
Minyak
CARA
- Dada ayam dibelah bahagian tengah. Pastikan jangan sampai putus belahannya.
- Renehkan bahan A. Apabila sudah masak, sumbatkan dalam dada ayam dan dipanggang sehingga masak.
- Panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga masak. Jadikan sos dan tuangkan pada dada ayam.
- Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato, briani, nasi minyak ataupun nasi putih.