BAHAN A
10 ketul kepak ayam
3 biji telur – pukul
1 cawan tepung
1 cawan serbuk roti
Minyak masak
BAHAN SOS
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – potong kiub
2 ulas bawang besar – potong kiub
1 tangkai cili merah – potong kiub
1 tangkai cili hijau – potong kiub
2 biji tomato – potong kiub
1 biji terung – potong kiub
1 biji timun zukini – potong kiub
Taim dan parseli
CARA
- Kepak ayam disiat dan dibentuk seperti penumbuk. Tambah sedikit garam.
- Lumurkan kepak ayam bersama tepung, dan celupkan telur dan seterusnya lumurkan serbuk roti.
- Goreng sehingga keperangan.
- Untuk sos: Tumis minyak. Masukkan bahan sos dan tumis hingga masak.
- Tambahkan daun parsli, taim dan garam secukup rasa.