BAHAN

1 ekor ayam – buang tulang

2 labu  bawang besar – hiris

5 ulas bawang putih – hiris

½ kg bunga kobis hijau

Cili merah – potong dadu

Saderi – potong dadu

200 gm pasta penne

2 cawan  susu segar

Taim – secukup rasa

Rosmari – secukup rasa

Garam dan lada sulah – secukup rasa

Minyak masak

 

CARA

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar.
  2. Masukkan bunga kobis hijau dan cili merah. Tambahkan saderi.
  3. Masukkan susu dan biarkan sehingga pekat.
  4. Tambahkan hirisan ayam, pasta, taim dan rosmari.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.