BAHAN INTI:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 tangkai cili merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
BAHAN DOH:
250 gm kentang – rebus dan lenyek
3 ½ sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak. Masukkan semua bahan kisar. Masak hingga menggelegak.
- Masukkan kelapa, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
- Untuk doh pula, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak.
- Uli sehingga doh sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
- Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
- Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
- Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan.