BAHAN DOH
500 gm kentang
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak
BAHAN INTI
1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
CARA MENYEDIAKAN:
- Kacau bahan-bahan inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak hingga kering. Ketepikan.
- Cara-cara membuat kuih bom, kentang dibuang kulit dan dipotong kecil. Rebus dengan air dan garam hingga lembut. Kemudian tos.
- Lumatkan kentang dan gaulkan dengan tepung.
- Leperkan adunan kentang dan masukkan satu sudu kecil inti. Inti di bulat-bulat dan genggam dengan kuat supaya padat.
- Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
- Goreng dengan api sederhana hingga warna bijan menjadi kuning keemasan.