BAHAN-BAHAN
2 keping roti brioche
2 biji telur
2 keping daging salai
50 gm keju cheddar
70 gm sos thousand island
BAHAN KACANG KOBOI:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai saleri
5 keping turkey ham
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit daun thyme
Tobasco secukupnya
80 gm gula perang
200 gm kacang panggang
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong bahagian tepi roti, lapiskan keju cheddar.
- Kemudian buatkan dua lubang di atas roti.
- Panaskan kuali, gunakan mentega, masukkan roti dan goreng kedua-dua bahagian sehingga keemasan.
- Pecahkan dua biji telur di dalam lubang dan hidangkan bersama daging salai.
- Untuk membuat kacang koboi, tumiskan bawang besar, bawang putih, saleri dan turkey ham sehingga naik bau.
- Setelah itu, tambahkan sos cili, sos tomato, tobasco, gula perang dan kacang panggang. Kacau rata sehingga mendidih dan hidangkan bersama roti yang telah siap sebelum ini.