BAHAN – BAHAN:
500 gm isi ayam hancur – kisar
4 batang serai – kisar
15 ulas bawang merah – kisar
5 cm lengkuas – kisar
6 cm kunyit – kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar – kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis – kisar
1 sudu serbuk jintan putih – kisar
½ cawan air gula Melaka
4 sudu besar air gula
1 biji lada benggala merah
1 biji lada benggala hijau
CARA MENYEDIAKAN:
- Kisarkan kesemua bahan bersama.
- Sediakan kepingan aluminium dan leperkan. Letakkan lada benggala di tengah-tengah dan balutkan sepenuhnya.
- Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180⁰C selama 20 minit sehingga masak.
- Buka gulungan aluminium dan potong mengikut cita rasa dan boleh dihidangkan bersama kuah kacang.