BAHAN
1 kg kubis bulat
1 batang lobak merah
1 biji bawang besar
5 sudu besar mayonis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
CARA
- Kubis bulat dibersihkan dan dihiris nipis-nipis.
- Lobak merah dibuang kulit, dihiris nipis dan dipotong memanjang.
- Bawang besar dimayang halus. Satukan kesemuanya.
- Masukkan mayonis dan kacau. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Sejukkan di dalam peti sejuk, sebelum dihidangkan.