Pokok kantan sejenis tumbuhan herba monokot yang berasal dari Malaysia. Bahagian yang paling menarik tentang tumbuhan ini ialah bunga yang berbentuk seperti gasing dan berwarna merah jambu.
Oleh sebab, rupa bunga yang cantik, pokok kantan sering dijadikan sebagai hiasan landskap di sekitar rumah. Selain itu, ia popular sebagai bahan penambah kenikmatan dalam masakan seperti laksa utara, asam pedas, tomyam serta kerabu.
Tahu kah anda, tumbuhan ini juga mengandungi khasiat yang bermanfaat untuk tubuh badan kita. Di sini kami kongsi kan beberapa petua lama menggunakan bunga kantan.
- Hapuskan bau badan.
Bunga kantan mempunyai kandungan zat aktif seperti flavonida, saponin dan fenolik yang baik untuk menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baharu melahirkan anak.
Cara nya mudah. Potong kecil bahagian batang dan tumbuk ia sehingga lumat. Kemudian rebus dan biarkan mendidih. Setelah sejuk, gunakan ia sebagai air mandian sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
- Hilangkan loya
Umum mengetahui bahawa bunga kantan mempunyai rasa yang sedikit masam. Untuk itu, ia sangat berkesan untuk menghilangkan rasa loya. Tidak menggunakan bunga kantan yang kembang mekar, rawatan ini memerlukan biji bunga kantan yang terhasil selepas bunga matang.
Biji pokok kantan perlu ditumbuk sehingga halus sebelum ditoskan bagi mendapatkan airnya. Campurkan ia dengan segelas air suam dan minum setiap kali berasa loya. Pasti berkesan.
- Antiseptik luka
Dalam setiap 100 gram pokok kantan terkandung kira-kira 14 mg vitamin C dan 0.02 mg vitamin B1. Jumlah itu menunjukkan tumbuhan tersebut merupakan antara tumbuhan yang kaya dengan antioksidaan. Disebabkan itu, air rebusan daun pokok kantan bermanfaat untuk rawatan kulit secara semula jadi terutamanya ketika luka. Lumurkan sahaja air rebusan daun pada bahagian yang luka dan biarkan selama sejam untuk kesan maksimum.
- Awet muda
Akhir sekali, ia juga baik untuk diamalkan sebagai rejim diet harian bagi kesan awet muda. Ini kerana pokok kantan termasuk bunga terdiri daripada kira-kira 89 peratus air yang bagus untuk memastikan tubuh badan kekal hidrat dan bertenaga. Air yang mencukupi juga mampu memberikan keserian dan kelembapan pada kulit wajah. Jadikan ia ulam atau bahan dalam apa jua menu anda setiap hari untuk kesan terbaik.